Vinales balas dendam, Marquez pecah rekod lagi



YAMAHA
mengakhiri kemarau 9 tahun di litar Sepang apabila pelumba mereka berjaya menawan litar Sepang pada perlumbaan MotoGP di Litar Sepang sebentar tadi.

Pelumba Monster Yamaha, Maverick Vinales berjaya menjuarai perlumbaan hari ini tanpa berdepan cabaran kuat terutama dari Juara Dunia Marc Marquez yang menunggang Repsol Honda.

Di awal perlumbaan, Marquez yang bermula di petak ke 11 berjaya meeloloskan diri untuk berada di kelompok hadapan.

Bagaimanapun  tumpuan, Fabio Quartararo yang menunggang bagi pasukan PETRONAS SRT yang menguasai petak utama  dan dijangka membuat kejutan gagal bermula baik.

Sementara itu, Vinales yang bermula cantik berjaya mendapat 'hole shot' seterusnya memimpin perlumbaan dengan cukup selesa.

Dengan 15 pusingan berbaki, Marquez cuba semakin mengecilkan jarak pelumbaan dengan Vinales. Penunggang Yamaha itu dilihat cukup pantas di laluan lurus.

Tumpuan perlumbaan hari ini berubah kepada seorang lagi pelumba Monster Yamaha iaitu Velention Rossi.

Bekas juara dunia itu mengekori rapat Andera.Divizioso yang menunggang Ducati bagi persaingan di tempat ke-3.

Namun pelumba Itali itu tidak mampu mengatasi Dovizioso dan sekadar berpuas hati di tempat ke-4.


BACA:
Litar Sepang ragut nyawa lagi
BACA:
Sepang nobat Alex Marquez juara dunia Moto2


Kem PETRONAS dilihat sedikit kelam kabut hari ini, kedua-dua pelumba mereka bersaing sesama sendiri dan sekadar berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

Dalam perkembang sama, Marquez yang merai kemenangan podium ke 63 sepanjang kariernya kini memecah rekod kutipan mata terbanyak sepanjang musim.

Pelumba Sepanyol itu berjaya mengumpul 395 mata, rekod itu sebelum ini dipegang rakan senegara Jorge Lorenzo yang sebelum ini mengumpul 383 mata.

Lebih membanggakan, pasukan Repsol Honda juga kini berada di kedudukan teratas pada persaingan pengeluar dengan mengatasi pasukan Ducati dengan kelebihan 2 mata

Pujian perlu diberikan kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin yang berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan 16 walaupun terpaksa menunggang jentera yang dilihat tidak mampu bersaing dengan jentera pasukan lain .

 Pelumbaan terakhir musim ini akan berlangsung di Velencia, Sepanyol pada 17 November ini.



Post a Comment

0 Comments