PELUMBA pasukan Marc VDS Racing, Alex Marquez dinobatkan sebagai juara dunia ketegori MOto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.
Kejayaan manis tersebut menyusul selepas abangnya, Marq Marquez sebelum ini dinobatkan sebagai juara dunia kelas MotoGP di Litar Buriram, Thailand beberapa minggu lalu.
Bermula di petak pertama, pelumba berusia 23 tahun itu bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk bermula cantik, sebaliknya Brad Binder yang menunggang untuk Red Bull KTM Ajo berjaya mendapat 'hole shot' sekaligus memimpin perlumbaan.
Dalam beberapa pusingan, Alex dilihat tidak banyak melakukan percubaan merbahaya, kedudukan kedua-dua pelumba ini nampak statik.
Seorang lagi pelumba, Tom Luti yang memanfaatkan kesilapan Tetsuta Nagshima sebelumnya berada di kedudukan ke tiga dan memberi saingan cukup sengit kepada Alex Marquez.
Sebagai rekod, ketiga-tiga pelumba tersebut merupakan pendahulu bagi saingan tersebut.
Sementara itu, persaingan bagi ketegori Rookies Of The Year (ROTY) bagi kelas ini bakal dibawa ke persaingand di Valencia. Ketiga-tiga pesaing dalam ketegori tersebut terjatuh.
Insiden serupa turut menimpa pelumba negara, Adam Norrodin. Pelumba PETRONAS itu terjatuh di selekoh ke- 4 pada pusingan ke 4.
BACA: Litar Sepang ragut nyawa lagi
BACA:Vinales balas dendam, Marquez pecah rekod lagi
Dengan perlumbaan berbaki kurang tiga pusingan, saingan semakin mendebarkan, kesemua pelumba mula kehilangan cengkaman pada jentera mereka.
Namun kesemua pelumba tersebut berjaya mengawal jentera sehingga ke akhir pelumbaan dengan Brand Binder berjaya meraih kedudukan pertama diekori Alex Marquez dan Tom Luti di tempat ke tiga.
Dengan keputusan di Sepang, keluarga Marquez kini mencipta sejarah sebagai satu-satunya keluarga memenangi kelas perlumbaan Moto2 dan MotoGP pada tahun serupa.
0 Comments