SEBUAH tren RapidKL Laluan Kelana Jaya dilapor terkandas semalan ketika orang ramai sedang ke tempat kerja.
Memetik laporan Sinar, tren itu dilapor bergesel dengan pemegang struktur papan iklan sekitar jam 9.37 pagi.
Susulan insiden itu difahamkan berlaku gangguan perkhidmatan bagi laluan tren menghala ke Putra Height.
Menerusi satu kenyataan RapidKL berkata, pihaknya kesal dengan insiden tersebut yang menyebabkan tren berkenaan terkandas di antara Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) SS18 dan USJ7.
"Bagaimanapun, penumpang yang terkandas berjaya dipindahkan dengan selamat dan perkhidmatan alternatif turut disediakan kepada penumpang untuk meneruskan perjalanan dari Gombak ke Putra Heights," kata kenyataan itu.
Sebagai langkah keselamatan, RapidKL berkata, pemegang struktur papan iklan tersebut juga telah diperkukuhkan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembaikan sepenuhnya dapat dijalankan selepas tamat waktu operasi.
Dalam kenyataan itu, RapidKL turut memohon maaf dan memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang akan diberi keutamaan.