DUA lelaki ‘direbus’ hidup-hidup setelah kenderaan dinaiki mereka terjatuh dalam lubang jerlus mengandungi air dan wap panas pada Selasa.
Dalam kejadian di sebuah bandar Penza di Russia itu, kedua-dua mereka terbunuh di tempat kejadian setelah gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam kenderaan yang terperosok dalam lubang berkenaan.
Kementerian Kecemasan menerusi satu kenyataan berkata, sebuah kereta terjatuh ke dalam lubang mengandungi air panas apabila jalan dilalui jerlus secara tiba-tiba.
![]() |
Mangsa terperangkap dan gagal selamatkan diri |
Sebagai rekod, di negara seperti Russia Air panas disalurkan melalui paip, untuk kegunaan bangunan kediaman dan pejabat di Russia, pada setiap musim sejuk.
Sementara itu, imej memaparkan mayat kdua-dua mangsa mereka keluar, menggunakan kren, bersama-sama bangkai kereta dari jenis Lada Largus turut disiarkan.
Manakala laporan itu turut mendakwa orang ramai berang dengan kejadian tersebut dan menyalahkan pihak berkuasa tempatan.
Mereka menyuarakan kemarahan di media sosial.
0 Comments