Tanah runtuh di Genting Highlands, pengunjung terkandas


LALUAN ke sebuah hotel dan pangsapuri di pusat peranginan Genting Highlands terputus setelah laluan berkenaan terhalang.


Ia susulan kejadian tanah runtuh dikawasan itu susulan hujan lebat kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusry Abdullah Sani dipetik berkata, beliau bersama lapan anggota dan tiga jentera bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian tersebut pada jam 5.40 petang.

“Kita dapati berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Jalan Genting ke Amber Court yang mana tanah runtuh menutupi keseluruhan laluan berkenaan," jelasnya.
Kerja pembersihan telah dimulakan


Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan laluan utama ke pusat pelancongan Genting Highlands.

Manakala kerja-kerja pembersihan kesan runtuhan di Jalan Ion Delemen itu dijalankan dan lencongan jalan telah dimulakan pihak kontraktor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis  mengesahkan kejadian namun keadaan dilaporkan tidak serius.

“Tiada kemalangan jiwa atau harta benda dilaporkan dan kita masih jalankan pemantauan.

“Keadaan terkawal namun laluan di situ ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Sehingga lewat petang semalam, pekerja, penghuni hotel dan pangsapuri servis di kawasan itu dilapor masih terkandas.

laluan keluar masuk ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Post a Comment

0 Comments