MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dilapor berdepan tindakan saman oleh sebuah agensi pelancongan.
Berdasarkan laporan Sarawak Report, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd telah memfailkan writ saman itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menuntut bayaran lebih RM300,000 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayar.
Difahamkan, ia bagi hutang tertunggak untuk perkhidmatan antara September 2018 dan Ogos 2019.
Menurut laporan media juga, `firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.
Malah mereka telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket.
Jumlah itu perlu dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kepada syarikat terbabit.
“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.
Firma tersebut turut mendakwa, hutang itu menjadi tertunggak terlalu lama walaupun surat tuntutan telah dikeluarkan. kelewatan pembayaran itu kata mereka telah menyebabkan kerugian dan kerosakan kepada firma tersebut.
Sebagai rekod, firma pelancongan itu menguruskan perjalanan Azmin selama 20 tahun, di mana kedua-dua pihak tidak pernah ada pertikaian.
![]() |
Keluarga Azmin ketika lawatan ke Maghribi |
Percutian mewah keluarga
Sementara itu, Sarawak Report mempertikaikan bil sebanyak RM300,000 dengan berkata, Azmin yang juga timbalan presiden KEADILAN sudah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan.
“Dalam keadaan itu, sukar untuk memahami bagaimana beliau boleh berhutang jumlah begitu banyak dan membayarnya – kebanyakan penerbangan itu untuk ahli keluarga, yang menaiki kelas perniagaan.”
Ia mendakwa jumlah itu termasuk RM92,280 bagi penerbangan untuk anaknya yang baru berkahwin, Mohamed Ameer Shazrin dan isterinya, Mazreen Shanim Shaheen ketika mereka melancong ke Marrakech, London dan Geneva.

0 Comments