SEORANG remaja dikhuatiri lemas setelah dipercayai tergelincir kedalam Sungai Golok di Rantau Panjang.
Dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang semalam itu, kehilangan mangsa dikenali sebagai Ahmad Nazri Aziz berusia 22 tahun disedari selepas selipar mangsa ditemui penduduk di tepi sungai tersebut.
![]() |
Selipar Ahmad Nazri ditemui ditepi sungai |
“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya menurut laporan Sinar.
Sementara itu, usaha mencari dihentikan susulan keadaan gelap malam ini dan akan kembali disambung pada esok.
0 Comments