SEKURANG-kurangnya 27 individu dipercayai terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan padat di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo ada Ahad.
Menurut kenyataan pejabat Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita, pesawat yang dikendalikan syarikat tempatan, Busy Bee itu dilaporkan 'hilang' sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Goma.
Ketika kejadian, pesawat Dornier 228-200 dilapor membawa 16 penumpang dan dua anak kapal dan dalam penerbangan ke bandar Beni, kira-kira 350 kilometer di utara Goma.
Antara yang terkorban termasuk sembilan penduduk di kawasan perumahan tersebut.
"Punca nahas masih disiasat tetapi beberapa sumber menyatakan pesawat itu mengalami kegagalan enjin kira-kira seminit selepas ia berlepas," kata jurucakap lapangan terbang.
Seementara itu ,operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilakukan dan jumlah korban dijangka meningkat.
Nahas udara sering berlaku di negara itu kerana standard keselamatan dan penyelenggaraan yang lemah hingga menyebabkan penerbangan komersial di Republik Demokratik Congo dilarang beroperasi di Kesatuan Eropah (EU)
0 Comments