KETUA Cabang KEADILAN Bera Zakaria Abdul Hamid dipecat serta merta dari KEADILAN.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan yang diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pada Ahad.
Selain Zakaria turut dilucutkan keahlian adalah Ismail Dulhadi dari Pahang.
keputusan itu dipercayai keputusan itu dibuat susulan dakwaan kes rasuah dan suapan melibatkan mereka ketika pemilihan parti itu yang diadakan pada tahun lalu. Ia berdasarkan kenyataan Ahmad Kassim.
![]() |
Ahmad Kassim |
"Sebagai sebuah parti yang konsisten berjuang untuk membasmi salah laku rasuah dalam kerajaan dan semua peringkat, tindakan itu perlu dilakukan untuk memberikan mesej yang jelas kepada seluruh anggota serta masyarakat bahawa parti tidak akan berkompromi perlakuan itu," kata seperti dilapor media.
Sebagai rekod, Zakaria merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), beliau juga adalah bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Difahamkan SPRM sebelum ini menyiasat Zakaria susulan dakwaan yang mengatakan beliau menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat KEADILAN.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengakui parti itu ada menerima surat dari SPRM pada 23 Oktober lalu.
![]() |
Fahmi Fadzil |
"Lembaga disiplin mencadangkan keanggotaan kedua-dua anggota ini dikenakan tindakan pemecatan serta-merta, dan MPP setuju dengan cadangan dari lembaga disiplin tersebut," kata Fahmi yang turut hadir ke mesyuarat bulanan itu.
Sementara itu, Zakaria dalam satu kenyataan mendakwa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pertuduhan disiplin yang membawa kepada pemecatan dirinya.
Beliau juga mendakwa keputusan itu juga dibuat tanpa dia dipanggil membela diri seperti mana biasanya dilakukan oleh mana-mana badan politik yang berkanun dan hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.
Bagaimanapun Fahmi berkata, KEADILAN hanya akan menghantar surat pemecatan kepada Zakaria dan Ismail selepas ini kerana keputusan itu baru dicapai.
Malah mengikut prosedur parti, kedua-dua mereka masih diberi hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan pemecatan itu.
0 Comments