SELEPAS dikritik, akhirnya penganjur Miss Crystal Angel International membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
Ia susulan ketidakperihatinan penganjur atas kesalahan menggunakan nama 'Republic of Malaysia' bagi merujuk negara ini.
Terdahulu di laman sosial tular dengan satu klip video promosi program itu yang memaparkan seorang wanita yang menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya nyonya berwarna coklat pastel yang memperkenal diri serta menyatakan dirinya mewakili 'Republik Malaysia'
"Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan menggunakan nama 'Republik Malaysia'.
"Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami.
"Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham," kata kenyataan oleh penganjur.
Pertandingan itu difahamkan telah diadakan di Yangon pada Isnin.
Sementara itu warganet rata-rata mempersoalkan kesalahan itu, mereka beranggapan penganjur bersikap sambil lewa dan tidak perihatin terhadap kedaulatan negara lain.
Mereka turut pihak penganjur lebih bertanggungjawab dan membuat rujukan terlebih dahulu mengenai Malaysia.
0 Comments