KERAJAAN bakal meminda undang-undang drakonian, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin.
Perdana Menteri, TuN Dr Mahathir Mohammad berkata, usaha meminda undang-undang itu sudah lama tertangguh dan ia perlu dilakukan kerana wujud kwbimbangan ia akan disalah gunakan.
“Kita adakan mesyuarat untuk bincang keperluan pinda undang-undang drakonian. Kita tidak akan hapuskan undang-undang ini seluruhnya tapi pindaan kepada peruntukan tertentu yang mempunyai unsur drakonian.
“Ini termasuk tangkap dan simpan dalam tahanan tanpa didakwa. Dalam SOSMA umpamanya, kita akan lakukan (pindaan) secepat mungkin,” katanya dalam satu sidang media.
Dr Mahathir sebelumnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) di Putrajaya. turut hadir dalam sidang media itu ialah bakal penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sebelum ini pernah membangkitkan isu berkenaan dengan secara khusus merujuk kepada cara tahanan SOSMA dilayan dalam tahanan.
Ia termasuk tindakan pengasingan tahanan, akses tidak mencukupi kepada keluarga dan peguam dan sebagainya.
Namun tegas Presiden KEADILAN itu, walaupun beliau melihat SOSMA sebaga lebih buruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun undang-undang yang melawan pengganas atau pelaku tindakan pengganas masih perlu.
Sementara itu, Dr Mahathir ketika ditanyakan bila pindaan itu akan dijalankan berkata kerajaan bercadang membawanya pada sesi Parlimen yang kini sedang berlangsung.
"Kalau tidak, mungkin pada sesi tahun depan,” katanya.
0 Comments