WALAUPUN Mohamed Azmin Ali telah berjanji untuk melunaskan bil pelancongan termasuk tiket penerbangan dan penginapan hotelnya yang didakwa tertunggak, namun ia belum dapat memuaskan hati warganet.
Memetik komen di laman sebuah portal, warganet mempersoal apakah Azmin tidak menyedari wujud tunggakan itu walaupun notis tuntutan sudah diserahkan sebelum ini.
"Ogos dan Sept dah hantar notis tuntutan hutang, takkan sampai sekarang belum baca atau tahu kandungannya.
![]() |
Mats Krish mempersoal kenyataan Azmin |
Terdahulu, Azmin diheret ke Mahkamah oleh sebuah firma pelancongan. YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd mendakwa Bekas Menteri Besar Selangor tidak menjelaskan RM328,901 hutang tertunggak kepada mereka.
Jumlah itu adalah meliputi tuntutan bagi tempahan tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, rakan-rakan dan kakitangan kementerian antara September 2018 dan Ogos 2019.
Ia termasuk percutian mewah keluar Azmin ke Maghribi akhir tahun lalu.
Memetik laporan media, Firma itu mendakwa tindakan menteri ekonomi itu telah menyebabkan kerugian kepada mereka, tetapi kerosakan kepada perniagaan dijalankan.
"Saya telah minta pegawai-pegawai saya untuk semak tuntutan oleh ejen pelancongan berkenaan.
“Sekiranya masih ada lagi baki tertunggak yang belum dibayar, saya kena bayarlah
“Jadi biarlah semakan dibuat (dahulu),” kata Azmin kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.
Azmin terlalu boros
Sementara itu dalam ruangan komen portal tersebut, seorang warganet dengan nama Ahmad Nordin menzahirkan rasa terkejut dan tidak puas hati terhadap sikap boros Azmin.
Beliau bagaimana Azmin boleh membelanjakan wang sebanyak itu dalam masa kurang separuh penggal dilantik menteri kabinet.
"Tak sampai separuh penggal menteri ini dah belanja hampir setengah juta ringgit utk melancong dengan keluarga dan kawan2nya (tak tau samada termasuk atas urusan kerajaan) . Itu yg masih tak dijelaskan.... belum lagi yg bayar cash dan atas urusan rasmi kerajaan," tulisnya.
Komen itu mendapat respon Phang Jin Fung yang meninggalkan komen " Ini (RM328,901) dah boleh beli satu rumah yg cukup baik untuk org miskin... hanya dalam setahun.. celaka."
Sementara itu dalam ruangan komen portal tersebut, seorang warganet dengan nama Ahmad Nordin menzahirkan rasa terkejut dan tidak puas hati terhadap sikap boros Azmin.
Beliau bagaimana Azmin boleh membelanjakan wang sebanyak itu dalam masa kurang separuh penggal dilantik menteri kabinet.
![]() |
Jumlah hutang mampu beli rumah , kata Phang |
Komen itu mendapat respon Phang Jin Fung yang meninggalkan komen " Ini (RM328,901) dah boleh beli satu rumah yg cukup baik untuk org miskin... hanya dalam setahun.. celaka."
0 Comments