Pesara maut motosikal langgar tiang


SEORANG
pesara polis maut selepas motosikal jenis Kawasaki ER-6 yang ditunggangnya melanggar tiang elektrik.

Dalam kejadian di KM108 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Slim River kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Khairudin Yusof, 58, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Mangsa yang berasal dari Felda Sungai Behrang dipercayai menunggang sendirian menuju ke Slim River.

"Tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki terbabas ke kanan jalan lalu terlanggar tiang elektrik.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa terpelanting ke hadapan manakala motosikalnya terseret sejauh 31.2 meter," kata Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Difahamkan, mangsa pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘polytrauma due to motor vehicle accident’.

 Motosikal mangsa dibawa untuk pemeriksaan Puspakom dan sampel darah dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk dianalisa," tambah Wan Kamarul Azran.

Sementara itu difahamkan, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments