Dua wanita maut dirempuh Range Rover


DUA
wanita yang membonceng motosikal dilapor maut dirempuh sebuah Range Rover di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kewajipan, Subang Jaya malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, empat lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian  itu dipercayai berlaku apabila pemandu Range Rover berusia 20 tahun dikatakan cuba mengelak pelintas jalan kaki.

"Apabila sampai di lampu isyarat Damen, pemandu hilang kawalan dipercayai mengelak orang melintas jalan lalu merempuh dua buah motosikal yang berhenti di lampu isyarat merah di Persiaran Murni.

"Pemandu itu turut merempuh seorang pejalan kaki iaitu seorang lelaki warga China berusia 24 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, pembonceng motosikal jenis Honda Wave 110 iaitu seorang wanita warganegara Myanmar maut di tempat kejadian manakala pembonceng sebuah lagi motosikal disahkan meninggal dunia pagi tadi ketika mendapat rawatan di hospital.

Kanak-kanak terbabit  disamping bapanya yang parah
"Penunggang motosikal berusia 45 tahun yang merupakan suami kepada seorang mangsa maut bersama anak perempuannya berusia tiga tahun cedera di bahagian kepala dan badan.

"Penunggang motosikal Honda Future 110 berusia 46 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka manakala pejalan kaki yang turut dirempuh cedera di bahagian kepala," katanya dipetik laporan sinar.

Tambah Azman, kesemua yang tercedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments