Penduduk jumpa mayat lelaki warga emas



ADUAN bau busuk oleh orang awam di sebuah unit rumah dikawasan perumahan awam Loke Yew membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah yang dipetik media berkata, sebelumnya Timbalan  Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) perumahan awam tersebut membuat pemeriksaan di unit berkenaan selepas mendapat aduan.
 
“Pengadu telah pergi ke rumah berkenaan, memang ada terhidu bau busuk dari dalam rumah tersebut yang dipercayai bau mayat.

“Kemudian pengadu menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Tambah Mohd Fahmi, pemeriksaan pihaknya menjumpai satu mayat lelaki warga emas di rumah berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat, laporan bedah siasat mendapati sebab kematian adalah 'coronary artery disease',”