Kerana U turn, nyawa orang lain melayang


TINDAKAN melulu seorang pemandu kereta yang membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan nyawa seorang penunggang motosikal maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, Muhammad Asyraf Mohd Arif, 19, seorang penuntut sebuah kolej disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton Saga membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan merempuhnya.
 "Pada mulanya kereta itu parkir di bahagian kiri bahu jalan tetapi tiba-tiba kereta itu bergerak dan membuat pusingan U menyebabkan mangsa tidak sempat berhenti lalu melanggar bahagian pintu sebelah kanan pemandu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dipetik laporan Sinar.

Difahamkan, mayat mangsa kemudiannya dibawa Ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments