Ingkar arahan presiden, Azmin ponteng mesyuarat lagi




MOHAMED Azmin Ali dan  Zuraida Kamaruddin dilapor tidak menghadiri mesyuarat Biro Politik parti KEADILAN malam tadi.

Perkembangan itu setelah Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim  membuat kenyataan mewajibkan Azmin untuk hadir bagi memberi penjelasan berhubung tindakannya membuat pertemuan 'misteri' dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan KEADILAN awal minggu ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil ketika menjawab soalan wartawan malam tadi berkata, susulan ketidakhadiran Azmin, mesyuarat itu tidak membincangkan secara khusus hal berkaitan pertemuan misteri itu.

"Kita tak bincang secara khusus. Sama seperti isu pertemuan beliau dengan MP BN.

"Kita perlukan beliau untuk hadir beri maklumat penuh sebelum kita boleh mengesahkan maklumat itu. Kita tidak boleh terlalu senang mempercayai apa yang disebut," katanya.

Fahmi Fadzil
Tambah Fahmi lagi, pihaknya menunggu penjelasan  menteri hal ehwal ekonomi itu sebelum apa-apa keputusan dibuat,"tambah fahmi.

Terdahulu, tindakan Azmin yang mengatur pertemuan rahsia dengan pemimpin pembangkang  dikritik banyak pihak, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar berkata tindakan itu hanya memberi mesej megatif kepada rakyat.

Sebagai rekod, Sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden KEADILAN, Azmin dilapor tidak hadir mesyuarat Biro Politik, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemukiman parti.|

BACA: Azmin beri mesej negatif terhadap HARAPAN - ShamsulBACA: Bekas pemimpin pelajar dedah helah Azmin

 
Dalam pertembungan antara Azmin dan  Anwar Ibrahim baru-baru ini, Seorang pemimpin Angkatan muda KEADILAN (AMK) mendakwa tindak-tanduk Azmin kebelakangan ini termasuk kekecohan dibangkitkan penyokongnya dilihat sebagai provokasi untuk dia disingkirkan dari parti.

Jika provokasi itu berjaya tegas Ahmad Syukri Razab, penyokong Azmin mempunyai alasan mengangkat Azmin sebagai 'hero' yang kononnya dianiaya. 

Post a Comment

0 Comments