PERLUMBAAN terakhir kejuaraan Moto2 yang berlangsung di Valencia sebentar tadi memberikan aksi menarik.
Disingkatkan kepada hanya 16 pusingan berbanding 25 pusingan susulan kemalangan pada kelas Moto3 sebelumnya, ia menjadi pentas penentu dua kedudukan penting kejuaraan dalam kelas tersebut musim ini.
Pada perlumbaan hari ini, Pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder mengesahkan kedudukan juara ke tujuhnya.
Ia sekaligus mengesahkan kedudukan kedua keseluruhan dibelakang juara dunia Alex Marquez dengan 3 mata.
Pesaing utama Binder, Thomas Luthi yang menunggang bagi Dynavolt Intact GP pada awalnya mendominasi perlumbaan pada awalnya memberikan saingan cukup sengit kepada Brad Binder, namun beliau melakukan kesilapan dengan 2 pusingan berbaki.
Tamat perlumbaan, Luthi terpaksa akur untuk berada di kedudukan kedua podium hari ini bagi berada di kedudukan ke 3 keseluruhan.
Pelumba Spanyol, Jorge Navarro menamatkan saingan di tempat ke 3.
Sementara nasib malang menimpa marques yang terjatuh di selekoh ke 11 dengan perlumbaan hanya berbaki 4 pusingan,
Juara dunia itu yang memulakan perlumbaan dikedudukan ke 15 bagaimanapun mampu meneruskan perlumbaan.
Pelumba negara, Adam Norrodin berada di kedudukan 29 dengan ketinggalan 24 saat dibelakang pemenang.
Dalam persaingan Rookies of The Year (ROTY) pula, Pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 dinobatkan sebagai pemenang.
Giannantonio dengan menewaskan Enea Bastianini dengan kelebihan 12 mata.
0 Comments