Marquez pecah rekod lagi. Hafizh hadiah mata untuk peminat


TUMPUAN
hari ini sudah tentu terarah kepada pelumba muda, quantararo yang menunggang jentera Petronas Yamaha SRT.

Setelah beberapa kali terlepas peluang untuk muncul juara dalam saingan motoGP, sudah pasti peminat moto GP mahu melihat keupayaan sebenar pelumba dari Perancis itu.

Bermula cukup baik dalam beberapa pusingan awal perlumbaan, harapan peminat melihat Rookies of The year (ROTY) itu muncul juara dalam perlumbaan musim ini dihancurkan juara dunia, Marq Marquez.

Marquez yang tenggelam pada awal perlumbaan mula bangkit mengejar Quantararo.

Pada pusingan ke-15, pelumba yang menunggang jentera Repsol Honda itu memintas Quantararo dan seterusnya meninggalkan pelumba Petronas itu sekaligus memenangi perlumbaan dengan kelebihan lebih 1.5 saat.

Berbanding Honda yang laju di laluan lurus, jentera yamaha mempunyai kelebih mengambil  selekoh dengan lebih baik dan pantas., namun umum mengetahui Marquez sendiri mempunyai kemampuan  mengambil selekoh dengan cukup pantas.

Sementara itu, apa yang lebih menarik ialah pencapiaan Marquez hari ini memecah satu lagi rekod  dunia. Pelumba berusia  26 tahun itu merupakan pelumba pertama yang berjaya mengutip lebih 400 mata dalam satu musim.

Sebagai rekod, berakhir perlumbaan musim ini, Marquez berjaya mengumpul 420 mata. Beliau menguasai 12 dari 19 perlumbaan.


Kejayaan Marquez hari ini juga meletakkan pasukan Honda sebagai juara keseluruhan kategori pengeluar mengatasi Ducati dengan 12 mata.
Ia tahun ke-3 Honda menjadi juara kategori pengeluar.

Selain Marquez dan Quantararo, kedudukan podium hari ini turut diisi Jack Miller.

Seorang lagi pelumba pasukan Repsol Honda, Jorge Lorenzo yang menunggang kali terakhir dalam saingan kelas primier itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Lorenzo juara dunia tiga kali sebelum ini mengumumkan untuk tidak lagi berlumba susulan kecederaan berpanjangan dialaminya.

Tidak patut dilupakan, pelumba kebanggan negara, Hafizh Syahrin yang akan ke saingan Moto2 pada musim depan turut berjaya menamatkan perlumbaan ke tempat ke-15 dengan satu mata.

Dengan keadaan jentera yang tidak pernah berubah prestasinya, sebenarnya kemampuan Hafizh untuk terus bertahan sepanjang perlumbaan wajar dipuji dan dibanggakan.

Post a Comment

0 Comments