SEORANG penuntut perubatan sebuah universiti swasta di Sungai Petani ditemui mati semalam.
Penuntut lelaki berusia 19 tahun itu yang berasal dari Pulau Pinang ditemui mati penuntut lain selepas terdengar bunyi sesuatu terjatuh.
Mangsa yang tidak dinamakan dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan perpustakaan universiti berkenaan.
Memetik Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa disahkan maut akibat parah pada bahagian kepala.

![]() |
Mangsa seorang pelajar cemerlang |
Siasatan awal mendapati penuntut itu adalah pelajar cemerlang dan tiada masalah berkaitan yuran atau sebagainya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada penuntut itu mengalami tekanan ataupun sebaliknya kerana difahamkan dia akan menduduki peperiksaan esok.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

0 Comments