Aliff Aziz berdepan 3 tuduhan di mahkamah S'pura


ARTIS
Singapura, Mohamad Aliff Aziz atau Aliff, 28, didakwa di Mahkamah Negara (Singapura) semalam atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh ketika berada di tempat awam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Aliff ditudun melakukan kesalahan itu di kawasan Orchard Towers di Orchard Road jam 6.25 pagi pada 10 November lalu.

Jika sabit kesalahan, Aliff boleh didenda tidak melebihi S$2,000 (RM6,114) atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, video tular di media sosial menunjukkan Aliff ditangkap pihak polis negara itu, dalam video itu dia dilihat cuba menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami kepada penyanyi Bella Astillah itu turut dilihat menjerit-jerit memberitahu bapanya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.

Menurut kenyataan polis, Aliff sebelumnya bergaduh dengan seorang lelaki tidak dikenal pasti, dia enggan memberi kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan meskipun diarah supaya bertenang.

Polis juga menyatakan, nafasnya berbau arak.

Dengan tuduhan terbaharu itu, Aliff kini berhadapan dengan tiga tuduhan termasuk dua tuduhan mencuri yang dikenakan ke atasnya pada 3 September lalu.

Dia sebelum ini dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri serta satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.
 
Bagi kedua-dua pertuduhan kes curi itu, Aliff sepatutnya dihadapkan ke mahkamah hari ini (19 November). Namun ditangguhkan kerana ada tuduhan ketiga itu.

Sebutan seterusnya kes Aliff Aziz dijadual berlangsung pada 9 Disember ini.

Post a Comment

0 Comments