SEBANYAK 35 buah rumah atas air di perkampungan Bugaya, Batu Sapi musnah dalam kebakaran malam tadi.
Menurut kenyataan Ketua Zon Enam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew, Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.
25 anggota bomba dan tiga jentera penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah digegaskan ke tempat kejadian.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 5.19 pagi.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian dalam siasatan," katanya dipetik kenyataan.
dianggarkan keluasan kebakaran membabitkan lebih 6,070 meter persegi.
Menurutnya, seorang lelaki yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas mengawal keadaan tidak sedarkan diri selepas mengalami sesak nafas.
Beliau diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
0 Comments