Anak Fauziah Nawi jatuh Sungai Jelai


SEORANG
  pengarah filem yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dikhuatiri lemas.

Menurut laporan sebuah portal, Firdaus Hanif, 43, atau juga dikenali sebagai Pitt Hanif terjatuh ke dalam Sungai Jelai dekat Kuala Lipis selepas bot fiber yang dinaiki bersama rakan ketikamemancing terbalik.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor yang dipetik kenyataannya berkata, operasi mencari dan menyelamat  masih diteruskan selepas polis menerima maklumat kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, operasi dijalankan dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang iaitu berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela.

“Mangsa dikatakan menaiki bot fiber dengan seorang rakannya sebelum bot mereka terbalik menyebabkannya dibawa arus deras. Rakannya itu sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Status dikongsikan Fuziah Nawi
"Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan dan polis dengan kekuatan seorang pegawai bersama tujuh anggota serta dua bot terbabit dalam operasi ini," katanya di Kuantan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah menggerakan lima anggota dengan sebuah bot bagi operasi itu.

Fauziah Nawi turut memuat naik insiden yang menimpa Pitt Hanif fi laman sosial miliknya.

Post a Comment

0 Comments