SEMPENA perayaan Deepavali pada Ahad ini, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu yang menggunakan laluan tersebut.
Kesas Sdn Bhd dalam satu kenyataan memberitahu, semua kenderaan kelas satu itu bakal menikmati diskaun tol berkenaan bermula pada Ahad bermula jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.
“Dianggarkan 250,000 kenderaan bakal menikmati diskaun tol 10 peratus itu dengan harga RM1.80.
"Dengan diskaun berkenaan juga, Kesas menjangkakan jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh itu adalah sebanyak RM50,000,” menurut kenyataan itu dipetik laporan Bernama.
Sementara itu Kesas berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihaknya di talian 03-56337188 atau melayari laman web www.kesas.com.my serta platform media sosial facebook/lebuhrayashahalam dan laman Twitter @kesastrafik.
0 Comments