PENUNGGANG Sepanyol, Maverick Vinales bakal memulakan persaingan Grand Prix San Marino hari ini di petak utama.
Menunggang untuk pasukan Yamaha, Vinales mencatat masa 1min 32.265sec pada sesi ujian masa semalam di litar Misano Marco Simoncell, Itali.
Apa yang lebih menarik ialah pelumba pasukan KTM, Pol Espargaro (KTM) turut akan berada di barisan depan setelah mencatatkan masa 0.295sec dibelakang Vinales. Rakan senegara Espargaro itu akan bermula di petak kedua dan dijangka akan menjadi perhatian dalam perlumbaan itu nanti.
Sebagai rekod, sejak permulaan musim ini, jentera KTM dilihat gagal bersaing dengan baik dalam setiap perlumbaan, dua pasukan yang menggunakan jentera itu dilihat kurang menyerlah.
Sementara itu, Penunggang Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Fabio Quartararo terus mempamerkan persembahan cemerlang. Dengan catatan masa 1'32.571 sekaligus melengkapkan baris depan perlumbaan.
![]() |
Hafizh Syahrin akan bermula di petak ke-20 |
Pada sesi kelayakan semalam, pelumba negara, Hafizh Syahrin turut menunjukan sedikit peningkatan. Beliau berada di kedudukan ke-20 dibelakang rakan sepasukannya Miguel Oliveira.
"Akhirnya, kami berjaya memperbaiki masa, namun masih berdepan masalah di selekoh.
"Kami akan memilih tayar terbaik untuk perlumbaan, saya akan lakukan yang terbaik," kata Hafizh dipetik
Andrea Iannone yang menunggang untuk Aprilia berada di tempat ke 23 iaitu kedudukan terakhir dalam grid perlumbaan.