Lelaki maut kereta rempuh penghadang


LELAKI
warga Singapura maut selepas kereta dipandu melanggar penghadang jalan berisi air di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) menghala pusat beli-belah Midvalley.

Pihak polis dalam kenyataan berkata, pemandu dikenali sebagai Chua Zhijian, 37, yang memandu Volkswagen Passat terlebih dahulu bergesel dengan sebuah Honda EX5 ditunggang seorang lelaki.

Bagaimanapun, penunggang motosikal berusia 25 tahun itu hanya mengalami cedera ringan pada lutut kanan.

“Selepas bergesel dengan motosikal itu, kereta yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar penghadang berisi air.

“Mangsa disahkan mati di lokasi oleh anggota perubatan,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata,

Difahamkan, Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala mayat mangsa pula dilaporkan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Post a Comment

0 Comments