PIHAK berkuasa polis menafikan kesahihan saman atas kesalahan memakai baju Ysuku yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima laporan dari pegawai trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang dimaklumkan orang awam mengenai gambar saman itu yang didakwa dikeluarkan polis trafik daerah tersebut.
Pegawai trafik terbabit mengesyaki saman itu telah diubah individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Azman, semakan telah dijalankan terhadap nombor siri saman tular itu , pihak polis mendapati ia dikeluarkan pada 2007 atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Terdahulu, sekeping foto surat saman tular di laman sosial sejak semalam.
Hantaran status yang dimuat naik seorang pemilik facebook itu mendakwa saman dikeluarkan kerana memakai baju Ysuku mendapat pelbagai reaksi dikalangan warganet
“Satu laporan dibuat pegawai trafik itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Azman, tindakan tersebut dilihat cuba untuk menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Petaling Jaya.
Ia juga difahamkan telah menimbulkan kegusaran orang awam terhadap kenyataan polis berhubung pengubahsuaian motosikal keterlaluan termasuk keatas motosikal Yamaha 15ZR atau digelar sebagai “Ysuku” itu.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![]() |
Gambar saman yang ditular ke laman sosial |

0 Comments