Jangan jadi pengkhianat negara, tegas Muhyiddin


KEMENTERIAN
Dalam Negeri (KDN) memberi peringatan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan pihak yang terlibat atau bersubahat dalam pemalsuan dokumen.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas pembongkaran sindiket kad pengenalan dan sijil kelahiran kepada warga asing baru-baru ini menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan besar kepada negara.

Tambah Muhyiddin, tidak harus ada mana-mana pihak menggunakan jalan belakang bagi mendapatkan dokumen-dokumen pengenalan diri terbabit. 

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Datuk Ruslin Jusoh) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan yang membabitkan kes berkenaan atau kes seumpama ini.

“Kementerian bertanggungjawab ke atas proses permohonan kad pengenalan diri di Malaysia. Proses permohonan sedia ada adalah jelas dan semua permohonan yang lengkap akan diproses secara adil,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya.

Sementara itu, Beliau turut mengesa orang ramai yang mempunyai maklumat pemalsuan dokumen agar bertindak patriotil dengan menyalurkan maklumat kepada PDRM.

Baru-baru ini 20 individu ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan secara penipuan.

Difahamkan sindiket itu diketuai seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Susulan itu pada Khamis, Individu itu bersama lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Post a Comment

0 Comments