
RIBUT baharu dilaporkan telah menyebabkan hujan lebat di Bahamas, dua minggu selepas Taufan Dorian melanda kepulauan berkenaan.
Pusat Badai Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) berkata pusat ribut itu, membawa angin dengan kekuatan maksimum 80 kilometer sejam, melewati kira-kira 48 kilometer ke timur Pulau Abaco Besar, salah satu kawasan paling teruk dilanda taufan sebelum ini.
Manakala Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Bahamian (NEMA) pula berkata "Kira-kira lima hingga 10 sentimeter hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan, dengan beberapa kawasan rendah di tenggelami banjir.
![]() |
Seekor anjing diselamatkan susulan ribut Dorian |
Sementara itu, NHC menjangkakan kekuatan taufan itu dijangka meningkat lewat petang esok, tetapi pada masa itu ia sudah meninggalkan Bahamas dan jauh dari pantai Florida.
Dorian yang membawa angin kencang sehingga 297 kilometer sejam ditakrifkan sebagai Ribut Kategori Lima ketika ia membadai utara Bahamas pada minggu lalu.
Kira- kira 2,500 orang penduduk Bahamas dilaporkan sebagai hilang susulan badaian itu. manakala setakat minggu lalu, 50 penduduk dilaporkan terbunuh.
0 Comments