Anak Osama Laden terbunuh dalam serangan Amerika


HAMZAH
Laden dilapor terbunuh dalam satu operasi memerangi keganasan dilancarkan Amerika Syarikat (AS).

Berita kematian anak kepada pengasas al-Qaeda, Osama Laden itu disahkan Presiden AS, Donald Trump tulis satu laporan.

Difahamkan, Hamzah terbunuh dalam operasi itu yang didakwa di jalankan berhampiran wilayah Afghanistan/Pakistan. Namun tiada maklumat lanjut mengenai operasi itu didedahkan.

Berita mengenai kematian Hamzah berlegar di media Amerika sejak bulan lalu, ada dakwaan mengatakan beliau terbunuh susulan serangan udara.

Berusia sekitar 30-an, Hamza dianggap pengganti bapanya dalam organisasi al-Qaeda dan pernah beberapa kali mengeluarkan arahan supaya serangan dilancarkan di AS dan beberapa negara lain.

Washinton menyenaraikan Hamzah sebagai pengganas global secara rasmi dua tahun lepas dan pernah menawarkan ganjaran sehingga AS$1 juta untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapannya

Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan White House menyifatkan kematian Hamza berupaya melumpuhkan pergerakan al-Qaeda.