United Kingdom penjarakan pembenci Islam



UNITED Kingdom (UK) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun enam bulan terhadap seorang lelaki yang menjadi dalang kepada kempen kebencian yang menyasarkan umat Islam di negara itu.

Mahkamah Old Bailey menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pelampau kulit putih, David Parnham yang menggelar dirinya sebagai 'penyembelih Muslim'.

Ketika perbicaraan, Parnham, 35, mengaku atas tuduhan membuat ancaman bom palsu serta mengirim ratusan pucuk surat kempen'Punish A Muslim Day' ke seluruh negara.

Surat dikirim Parnham | Sumber- Google
Kempen itu bukan sahaja meningkatkan sentimen Islamofobia di UK malah membangkitkan paranoia dalam komuniti umat Islam

Sebagai rekod, aktiviti Parnham pertama kali menjadi perhatian pihak berkuasa pada bulan Julai 2016 apabila tujuh surat yang dikirimnya dipintas setelah dikesan mengandungi serbuk putih.

Parnham juga dituduh menghantar lebih banyak surat yang berisi serbuk putih dengan tulisan “the clowns r coming 4 you” (Badut datang kepada anda) yang antaranya mahu dikirim kepada Ratu Elizabeth II dan beberapa ahli politik termasuk David Cameron dan Theresa May antara Jun 2016 hingga Jun 2018.

Pada Februari 2017, dia juga dituduh surat dihantar ke pelbagai masjid dan pusat Islam di seluruh negara yang mengakibatkan komuniti Islam merasa terancam.

Lakaran wajah tertuduh | Sumber - Google
Mahkamah diberitahu, satu surat dikirim ke masjid Berkeley Street di Hull mengandungi lukisan pedang dengan swastika memotong kepala seseorang, dengan kata-kata: "Anda akan disembelih tidak lama lagi." dan ia ditandatangani "pembunuh Muslim".

Tindakan Parnham sampai ke kemuncaknya apabila pada Mac 2017 dia mengirim surat dihantar ke alamat sekitar kampus Universiti Sheffield.

Surat itu menyeru pemusnahan minoriti etnik dan agama dengan mengandungi panduan membunuh dan tawaran sumbangan sebanyak £ 100 untuk setiap kematian.

Pihak berkuasa UK menahan Parnham pada Jun tahun lalu selepas analisis DNA, tulisan tangan dan cap jari dijalankan pada surat-surat berkenaan.

Memetik laporan theguardian, Dr Paul Wallang, pakar Psikiatri yang memantau Parnham berkata, individu itu mengalami penyakit psikotik dan merasakan "paranoia dan kecurigaan", terutamanya kepada kumpulan agama dan individu terkenal.

 

Post a Comment

0 Comments