Anwar hulur tangan perdamaian, mengapa terus sombong?



PEMBERONTAKAN dalam parti KEADILAN bukan lagi rahsia, sejak tersebarnya video hubungan intim didakwa melibatkan seorang menteri, ia dilihat bertambah teruk.

Tuduh menuduh berlaku. Keretakan itu bukan sahaja diambil peluang oleh pihak pembangkang, tetapi secara tidak sedar turut mengheret penyokong dan rakyat dalam isu yang tidak menguntungkan itu.

Pemimpin politik terbabit perlu menyelesaikan isu tersebut dengan segera, kemelut berpanjangan hanya akan membantutkan usaha membina semula negara.

PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri dilihat telah beberapa kali menjernihkan suasana. Baru-baru ini beliau sekali lagi mengulangi komitmennya untuk menyelesaikan krisis dalaman parti dipimpinnya.

Hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu sekali lagi menyatakan kesediannya bertemu dan berbicang dengan kumpulan yang menentangnya dalam parti itu.

Pada masa sama Anwar - yang mengaku seorang demokrat - juga yakin parti itu berada pada kedudukan menuju arah yang betul.

"Kalau mereka (kumpulan bertentangan) perlukan masa dua hingga tiga jam berbincang dengan cara yang baik, saya tak ada masalah (bertemu dengan mereka).

"Saya sentiasa berjumpa ramai pemimpin di pejabat saya," katanya kepada wartawan di Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, beberapa pemimpin utama parti itu dilihat bersikap keterlaluan.

Walaupun peringatan agar menghadiri mesyuarat telah dibuat, namun mereka terus ingkar dan memberi alasan kononnya terlibat dengan program-program lain.

Lebih teruk, Anwar sendiri terpaksa menasihati mereka secara terbuka untuk hadir ke dalam mesyuarat parti yang mahu dijalankan.

Bagi sesetengah pihak, tindakan itu pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja membantutkan perjalanan parti, tetapi juga isyarat 'boikot' mereka terhadap pemimpin utama parti itu sendiri.

Keengganan pemimpin terbabit akur kepada arahan presiden parti itu dibimbangi hanya membuatkan rakyat semakin meluat dan hilang hormat kepada parti tersebut.

Bukankah 'demi rakyat' lebih baik pemimpin tersebut menyambut salam perdamaian yang dihulur pemimpin utama mereka sendiri?

Post a Comment

0 Comments