RANGKAIAN pasaraya Mydin dilapor telah 'memboikot' semua produk yang dilabelkan sebagai bebas minyak sawit dengan mengeluarkan produk tersebut dari rak jualan mereka.
Pengarah Urusan pasaraya terbesar Malaysia itu Ameer Ali Mydin berkata, tindakan itu adalah sebahagian usaha kerajaan memerangi kempen antiminyak sawit yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab serta melindungi imej komoditi itu di dalam dan di luar negara.
Kempen anti minyak sawit bakan menjejaskan pekebun |
Pelabelan ‘bebas minyak sawit” membawa maksud minyak sawit sebagai bahan tidak baik.
Terdahulu, penghasilan mintak sawit yang dianggar bernilai AS$60 bilion telah menjadi sasaran aktivis alam sekitar atas alasan kononnya peladangan kelapa sawit telah memusnahkan kawasan hutan hujan tropika yang luas.
Malah kesatuan Eropah pada tahun ini meluluskan satu akta untuk menyingkirkan minyak sawit sebagai bahan api yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 berdasarkan kebimbangan penebangan hutan.
Sementara itu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim memuji langkah berani Mydin mengeluarkan produk dengan label “bebas minyak sawit” daripada rak jualannya. Ia disifatkan sebagai satu langkah awal melindungi ekonomi negara.
Terdahulu pada Ogos, kerajaan Indonesia turut mengharamkan produk makanan dengan label itu sebagai melindungi komoditi itu daripada pemasaran negatif.
0 Comments