PENDUDUK Taiping seharusnya bangga dengan bandar yang didiami mereka, ia bukan sahaja cantik, malah Taiping merupakan bandar terbaik untuk didiami.
Tahukah anda, Taiping yang merupakan ibu kota heritage juga bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937 tersenarai diantara 10 Destinasi Lestari Terbaik Dunia, malah satu-satunya Bandar Mesra Usia di rantau Asia Tenggara.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim, berkata, Majlis pelancaran penarafan Bandar Mesra Usia akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 30 September ini.
Taiping pernah menjadi ibu negeri |
Susulan itu jelas Borhan, Taiping bakal dihiasi persekitaran mesra kanak-kanak, warga tua, dan orang kurang upaya.
“Penarafan ini bukan sahaja membuatkan Taiping dikenali di mata dunia malah bandar ini akan turut diiktiraf sebagai “bandar orang pencen” yang dapat menarik golongan pesara untuk menetap di bandar ini sekali gus menarik pelabur luar.
"Lebih RM1 juta dibelanjakan dalam proses kajian dilakukan MPT sejak dua tahun lalu menerusi geran daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDPP),” katanya kepada media.
Sebagai rekod, Taiping dibangunkan penjajah Inggeris pada 1880-an kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut.
Sebelum kedatangan British, daerah ini yang dikenali Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan tersebut.
Taiping atau nama asalnya Klian Pauh merupakan ibu negeri Perak sebelum dipindahkan ke Ipoh pada 1937.
0 Comments