MEJAR Mohd Zahir Armaya seolah-olah telah memberi isyarat bahawa beliau bakal pergi meninggalkan keluarganya.
Isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun,31, dipetik berkata, walaupun tiada perubahan ketara namun sewaktu suaminya itu mahu berlepas ke Sabah pada 26 Ogos lalu, namun dia merasakan sesuatu.
"Ketika menghantar dia ke Lapangan Terbang Subang, dia salam dan sayang (cium) macam biasa. Saya minta maaf dan halalkan makan minum saya.
Nour Shafinar sebak | Sumber- Astro |
"Saya kata kalau saya menyusahkan dia, lepaskan saya dengan cara baik. Tapi dia tidak cakap banyak," katanya sebak.
Selain itu, Nour Shafinar berkata, 25 Ogos lalu, dalam perjalanan mereka berdua ke Melaka untuk berjumpa anak- anak, Allahyarham ada meminta mereka sekeluarga berpindah ke Perak.
BACA: Keluarga dedah sikap sebenar Mejar Mohd Zahir
BACA: Jenazah Mejar Mohd Zahir disambut ribuan orang
BACA: Hujan renyai iringi perjalanan terakhir Mejar Mohd Zahir
"25 Ogos itu saya bawa dia balik ke Melaka untuk jumpa anak-anak. Dalam perjalanan dia ada beritahu saya supaya saya balik ke Perak. Dia kata senang dia nak tukar tempat kerja.
"Saya pegang kata-kata dia, pindah ke Perak dan kerja di Batu Gajah. Dia tak bagi saya cari rumah di sana (Batu Gajah), tapi cari rumah dekat dengan ibu. Katanya kalau jadi apa-apa senang," ujarnya lagi.
Jenazah disembahyangkan | Sumber- Astro |
Malah sebelum itu, Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, dia sempat membuat panggilan bagi meluahkan rasa sayang dan rindu kepada suaminya.
BACA: Mengidam ikan sembilang, Zahir hantar foto terakhir untuk isteri
BACA:'Ini persembahan terakhir'- mesej anak AR Badul
"Saya telefon dia, saya beritahu saya rindu dan sayang dia. Dia cuma jawab sayang dan dia tidak cakap banyak dan itu kali terakhir saya cakap dengan dia.
"Sepanjang perkahwinan dengan dia, kami bahagia dia memang lelaki sempurna bagi saya. Saya rasa bertuah sangat hidup dengan dia. ALLAH pinjamkan dia sekejap sahaja," katanya lagi.
Nour Shafinar berkata, dia menerima panggilan daripada pegawai tentera di Sabah yang memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia.
0 Comments