SKUAD Garuda dibenam Harimau Malaya pada aksi sulung Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 untuk Kumpulan G malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu, skuad negara menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2.
Sumareh menjaringkan dua gol malam tadi |
Harimau Malaya ketinggalan apabila penyerang berbisa Indonesia, Alberto Goncalves menjaringkan gol seawal minit ke-12 perlawanan.
Begitupun, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu kembali bangkit apabila Mohamadou Sumareh yang dimasukkan bagi menggantikan Hadin Azmin berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 37.
Kegembiraan kem Harimau Malaya itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila Goncalves sekali lagi menjaringkan gol buat skuad Garuda pada minit ke-39.
Shafiq Ahmad menyumbangkan satu gol |
Syafiq Ahmad bijak menyudahkan hantaran lintang Safawi Rasid bagi menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-66.
Susulan jaringan tersebut, suasana di stadium mula bertukar kecoh, Aksi terpaksa dihentikan pada minit ke-69 apabila segelintir penyokong Garuda mula membaling botol dan suar kepada penyokng Harimau Malaya.
BACA: Dua rakyat M'sia cedera diganyang penyokong Garuda
Selepas kekecohan reda, Pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin meneruskan perlawanan. Sumareh sekali lagi menjaringkan gol untuk negara pada minit ke-97 sekaligus muncul wira negara pada perlawanan malam tadi.
"Kami bermula dengan lambat. Namun pada babak kedua, kami memberikan semua yang kami ada hingga akhirnya meraih kemenangan. Secara keseluruhan kedua pasukan menunjukkan permainan yang bagus.
"Saya merasa berada di tempat dan waktu yang tepat ketika menjaringkan gol. Ini semua adalah berkat kerja kami sebagai sebuah pasukan. Saya sangat gembira," kata Sumareh dipetik laporan negara jiran.
0 Comments