Tun M dan Anwar senada ajak pecah tembok perkauman


PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu padu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi penampilan khas dalam klip video sempena Hari Malaysia oleh penyanyi Hazama Azmi, memberi pesanan itu melalui sajak mengenai 'anak bangsa Malaysia'.

"Anak bangsa Malaysia. Bangsa kita bangsa merdeka, gagah dan kuat kerana kepelbagaian. Dari yang banyak menjadi satu, membawa negara ke persada dunia.




"Walaupun terdapat perbezaan, tembok pemisah kita robohkan. Bersatu padu tanpa kira warna kulit kerana kita adalah anak bangsa Malaysia," katanya dalam Video muzik disiarkan di laman Facebook rasmi Mahathirnya itu.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata tarikh 16 September amat bermakna bagi rakyat negara ini.

Justeru tegasnya semua rakyat wajar menghargai kekuatan kepelbagaian.

"Tatkala kita diasak dan dipasung dengan faham perkauman dan syak wasangka, mari kita raikan hari besar ini dengan memaknai kembali apakah sebenarnya kepelbagaian, keterangkuman dan kerukunan yang kita nikmati selama ini.

"Masa depan yang lebih baik adalah masa depan untuk semua tanpa mengecuali atau meminggirkan sesiapa," katanya dalam hantaran tersebut.

Hari ini, Malaysia menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia ke-56.

Post a Comment

0 Comments