KUCHING, Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat dan tertinggi, iaitu 251 setakat jam 6 pagi tadi.
Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan berlaku perubahan dalam bacaan IPU tidak sihat.
Tangkak yang mencatatkan indeks sangat tidak sihat dan tertinggi semalam dengan bacaan 245 semalam pagi ini menurun kepada 172.
Kebanyakkan kawasan terutama di Pantai Barat Semenanjung mencatatkan penurunan indeks pencemaran malam tadi mula meningkat naik pada pagi ini.
Di Sarawak hanya kawasan Limbang dan Kapit masih kekal dalam indeks sederhana, manakala tempat-tempat lain mencatatkan indeks antara tidak sihat hingga sangat tidak sihat.
Bagi negeri Sabah, secara keseluruhannya berada dalam keadaan terkawal, Tawau bagaimanapun berada dalam zon tidak sihat.
Sementara itu, hampir semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembila dan Johor berada dibawah kategori tidak sihat.
Kebanyakkan tempat di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis berada dalam keadaan kualiti udara baik.
Semakan indeks udara boleh dibuat http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html
0 Comments