Riuh jumpa mayat terkene renjatan elektrik


PENDUDUK
sebuah kampung di Kuala Krai, Kelantan gempar dengan penemuan  dua mayat lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan media, kedua-dua mangsa ditemui penduduk kampung di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dekat Kuala Krai, kira-kira 6 petang Sabtu.

Seorang penduduk, Nordin Zahari, 53, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas mendengar penduduk kampung yang berada di kedai makan riuh bercakap mengenai penemuan mayat tersebut.

Kerana bimbang ada individu berdekatan cuba menyentuh tubuh badan si mati yang terkena renjatan elektrik dia segera ke lokasi penemuan mayat tersebut.

"Saya bergegas ke Kompleks Perkayuan Kelantan yang berada tidak jauh dari tempat saya makan untuk mengesahkan apa yang berlaku.

"Pengawal keselamatan memberitahu saya, anak dan isteri kepada salah seorang daripada mangsa yang meninggal dunia berada di lokasi.

"Kemudian saya menghubungi polis dan Klinik Kesihatan Dabong untuk memaklumkan kejadian yang berlaku," katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan (DSP) Wan Fauzi Wan Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.15 petang semalam.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dipetik Astra Awani.

Post a Comment

0 Comments