SESUATU perlu dilakukan bagi menangani masalah jerebu yang melanda negara Asia Tenggara saban tahun,
Menteri Tenaga, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberi bayangan bahawa Akta jerebu rentas sempadan perlu diwujudkan segera.
Menurut Bee Yin, akta itu perlu kerana ia dapat menjamin penguatkuasaan undang-undang berkaitan isu alam sekitar itu dengan lebih efisyen diantara negara serantau.
![]() |
Keadaan jerebu di sekitar Kuala Lumpur | Foto- Sinar |
"Kementerian akan menghantar surat kepada Sekretariat ASEAN untuk melihat sama ada mereka boleh melakukan sesuatu untuk mengawal masalah jerebu
Akta itu perlu diseragamkan di seluruh negara-negara Asia Tenggara terutamanya yang terjejas oleh jerebu," katanya.
Terdahulu, rakyat menyuarakan kebimbangan terhadap isu yang tiada kesudahan ini.
Berbanding usaha mencari titik persefahaman dalam menanganinya Malaysia dan Indonesia seolah-olah menyalahkan satu sama lain dalam isu ini.
![]() |
Sekolah ditutup kerana jerebu teruk | Foto- BH |
Tegasnya pelan itu bagaimanapun hanya dapat direalisasikan menerusi kerjasama dengan semua negara-negara serantau.
“Kita sentiasa mahu ada pelan jangka masa panjang tapi ia memerlukan kerjasama daripada negara-negara lain.
“Selagi tiada kerjasama, mustahil untuk kita mempunyai pelan jangka masa panjang. Kerjasama dengan Indonesia dan negara-negara lain juga,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
0 Comments