Timbalan menteri JPM meninggal dunia.


AHLI
Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dilapor meninggal dunia sekitar 6.00 pagi tadi di Hospital Pontian, Johor dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dilapor media telah mengesahkan menerima berita kematian Allahyarham.

“Mengenai berita Ahli Parlimen Tanjung Piai, saya sudah dimaklumkan pagi tadi dan akan melawat jenazah dari Muar terus ke Pontian pada jam 9 pagi nanti,” katanya dipetik.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan.

Md Farid merupakan Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai,

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham memenangi kerusi  Parlimen berkenaan selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi 21,255 undi.

Sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Post a Comment

0 Comments