PENYANYI To'ki cedera ditikam setelah diseranga sekumpulan lelaki dalam cubaan samun di Kepong semalam.
Dia kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) an dilapor dalam keadaan stabil.
![]() |
To'ki diserang sekumpulan lelaki |
"Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menahan saya.
"Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga," katanya menurut laporan Sinar.
Penyanyi yang terkenal genre etnik kreatif itu berkata, salah seorang lelaki dalam kumpulan itu secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menikam tangan kirinya.
"Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang segera membawa saya ke HKL. Alhamdulillah, hari ini saya sedikit sihat selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi," katanya lagi.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez sebelumnya meluangkan masa melawat penyanyi itu berkata,
Menurutnya, Karyawan mengambil berat kes berkenaan.
0 Comments