Tentera USA sahkan rakaman UFO tulen


BENARKAH wujud makhluk asing atau objek terbang yang tidak dikenali (UFO) benar-benar wujud?

Sehingga hari ini tiada bukti sahih mengenai kewujudannya. Yang ada ialah perkongsian dalam bentuk gambar dan imej video yang masih belum cukup meyakinkan.

Imej yang dirakamkan pihak tentera
Terbahru beberapa video memaparkan sebuah objek misteri yang bergerak pantas merentasi ruang udara dan didakwa UFO tersebar.

Lebih menarik, pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan rakaman itu adalah tulen.

Jurucakap Tentera Laut AS, Joseph Gradisher memberitahu NBC News tersebut tidak sepatutnya disebar luas kepada orang awam berikutan ia adalah sesuatu yang sulit.

“Ketiga-tiga video ini menunjukkan 'gangguan' semasa latihan ketenteraan kami oleh objek terbang misteri yang tidak dikenali,” katanya.

Bagaimanapun, ia tidak dijelaskan secara terperinci tentang kandungan video tersebut.

Difahamkan, salah satu video itu memaparkan objek gelap berbentuk pil merentasi ruang udara selama beberapa saat sebelum ia hilang dari rakaman.

Manakala, satu lagi video menunjukkan pasukan tentera cuba 'menangkap' pergerakan objek tidak dikenali itu menggunakan sistem sensor khas daripada pesawat.

Malah, di dalam video berkenaan juga terdapat perbualan di antara pasukan tentera yang bingung dengan penemuan objek berkenaan.

Terdahulu, klip-klip itu didakwa tular setelah ia disebarkan oleh To The Star Academy of Arts & Science sekitar Disember 2017 dan Mac 2018.

Salah satu daripada video tersebut dirakam pada 2004 manakala dua lagi dikatakan berjaya dirakam pada tahun 2015.

Setakat ini, Pentagon berkata video itu perlu disekat agar ia tidak terus disebar luas kepada masyarakat awam, namun, klip video berkenaan sudah pun menjadi tontonan ramai.

Post a Comment

0 Comments