Nombor plat siri 'ALL' laku macam pisang goreng panas.



NOMBOR
Pendaftaran siri 'ALL' laku ibarat pisang goreng panas.

Setakat semalam, kira-kira 740 orang telah membida siri nombor berkenaan yang mula dibuka untuk bidaan di laman melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) sejak jam 4.30 petang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Severinus Tukah berkata kutipan bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran siri berkenaan hampir mencecah sasaran pada hari pertama iaitu melebihi RM900,000.

Kutipan hari pertama hampir RM 1 Juta
"Jumlah kutipan ini melibatkan sebanyak 3,142 transaksi setakat petang ini," katanya dipetik Bernama.

Difahamkan, bidaan akan dijalankan selama lima hari sehingga Isnin hadapan.

JPJ Perak membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri ALL kepada orang awam  dan menyasarkan bidaan keseluruhan bagi siri itu melebihi RM1 juta melalui pelaksanaan kali pertama JPJeBid di negeri ini.

Bidaan siri nombor pendaftaran sebelum ini dijalankan secara manual.

Sebagai rekod, nombor pendaftaran AKU mengutip RM3.1 juta mencatatkan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak setakat ini, ia diikuti siri ALA (RM1.6 juta) diikuti ALE sebanyak RM1.1juta

Bagi siri ini,  nombor pendaftaran ALL 1 telah mencatat bidaan tertinggi namun nilai bidaan belum dapat dipastikan kerana bidaan meningkat dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Orang ramai yang berminat boleh membida nombor yang diminati dengan bayaran Fi Perkhidmatan sebanyak RM10 untuk mengakses sistem secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJebid atau melalui portal https://jpjebid.jpj gov.my/ebid/.

Post a Comment

0 Comments