Ikan jadi mangsa kemarau di Greece


MATA
pencarian penduduk sekitar tasik Koroneia di Greece terjejas susulan musim kemarau dan cuaca panas yang melanda negara itu.

Agensi berita antarabangsa - AP dalam laporannya berkata, puluhan ribu ikan di tasik tersebut ditemui mati dengan bangkainya hanyut ke tebing tasik.

Ratusan ribu ikan terdampar di tebing tasik
Seorang ahli biologi Athena Patsia berkata, situasi itu sangat membimbangkan.

Menurut Athena,  suhu yang tinggi pada musim panas telah menyebabkan paras air di kawasan perlindungan itu berkurangan selain mengakibatkan oksigen di dalam air semakin berkurangan.

Tasik Koroneia adalah salah satu tasik terbesar di Greece yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar pelabuhan Thessaloniki. Ia dirizab sebagai kawasan perlindungan.

Antara ikan yang ditemui mati adalah ikan mas, sunfish dan pelbagai jenis ikan air tawar.

Dilaporkan pada tahun 2015, tahap air berada pada paras stabil.

Post a Comment

0 Comments