LANSKAP politik tanah air hari ini berubah. Dua parti politik terbesar orang Melayu yang berseteru sekian lama sudah pun mengikat 'Taali'.
Perkembangan terbaharu itu sebenarnya tidaklah mengejutkan.
Rakyat yang memerhati
naik turun politik negara sudah lama tahu. Mereka dakwa kedua-dua parti
itu saling jatuh cinta sejak lama dahulu.
![]() |
Pas dan Umno akhirnya mengikat janji |
Sebenarnya,
desas-desas bahawa ada usaha menggabungkan dua parti ini atas pentas
politik yang sama mula didedahkan sejak beberapa tahun lalu.
Namun ketika itu, pemimpin kedua-dua parti itu menafikan wujudnya 'hubungan terlarang' dalam diam seperti yang dicanangkan.

Penyokong parti mendakwa tuduhan itu dibuat individu
yang 'busuk hati' dan tidak 'wala' yang kononnya bertujuan untuk
merosakkan kredibiliti pemimpin tertentu.
Namun.... tanggal 14 September 2019, terbuktilah cakap-cakap mengenai usaha kerjasama itu bukan sekadar fitnah. Ia benar-benar berlaku.
Namun itu tidaklah penting, politik memang akan sentiasa berubah-ubah.
Musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh dalam sekelip mata. Kita jangan lupa, bukankah semuanya atas dasar merebut kuasa?
Namun persoalannya, sejauh mana kerjasama atas nama 'ummah' yang dijalin ini bakal menggugat kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)?
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam satu hantaran di laman Facebooknya meramal kerjasama ini tidak akan mampu bertahan dalam tempoh yang lama.
Katanya seperti juga 'perkahwinan' Umno-PAS yang lepas, kerjasama kali ini juga akan terburai.
"Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.
“Apabila strategi politik ini tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya.
Sebagai rekod, Sekitar tahun 1970-an, Pas pernah menjalinkan kerjasama dengan UMNO, bagaimanapun ia tidak mampu bertahan.
Perpecahan itu didakwa menjadi punca kepada perpecahan ummah, terutama selepas timbul kafir-mengkafir antara penyokong parti itu pada tahun 1980-an.
Namun benarkah ramalan Rafizi itu? Jangan lupa jika kedua parti itu menjaja isu Agama dan Bangsa ia bakal jadi modal yang sangat laku.
'
Namun.... tanggal 14 September 2019, terbuktilah cakap-cakap mengenai usaha kerjasama itu bukan sekadar fitnah. Ia benar-benar berlaku.
Namun itu tidaklah penting, politik memang akan sentiasa berubah-ubah.
Musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh dalam sekelip mata. Kita jangan lupa, bukankah semuanya atas dasar merebut kuasa?
Namun persoalannya, sejauh mana kerjasama atas nama 'ummah' yang dijalin ini bakal menggugat kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)?
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam satu hantaran di laman Facebooknya meramal kerjasama ini tidak akan mampu bertahan dalam tempoh yang lama.
Katanya seperti juga 'perkahwinan' Umno-PAS yang lepas, kerjasama kali ini juga akan terburai.
![]() |
Kafir mengkafir kerana berbeza anutan politik |

0 Comments