Mark Adam kenang kisah hijrah ke M'sia


SELEBRITI
terkenal, Mark Adam baru-baru ini mendedahkan perit jerih kehidupannya kepada umum.

Memetik perkongsian di portal Harian Metro, Mark Adam yang berasal dari penempatan miskin di Cebu, Filipina berkata, kemiskinan sejak kecil menguatkan azam untuk mengubah diri yang menjadi sebab dia berhijrah ke negara ini.

Mengenang kembali detik pertama menjejakkan kaki ke Malaysia, Mark Adam mengakui terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

"Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30)," katanya menurut laporan itu.

Mark Adam atau nama Islammnya Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan pada 15 Oktober 1979. Beliau merupakan penyanyi, pelawak dan pelakon Filipina yang kini bermastautin di Malaysia.

Pada 2013, Mark Adam melangsungkan pernikahan dengan Nor Azah Redzuan, 40, yang sebelum itu menjadi pengurus perjalanan seninya.

Sementara itu, ketika berkongsikan kisah hidupnya di Kuala Lumpur, Mak Adam berkata beliau terpaksa mencari rezeki dengan mengadakan persembahan selain menjadi guru tuisyen.

Adakalanya kata Mark Adam, beliau tidak menerima tawaran persembahan, situasi itu membuatkannya terpaksa mengikat perut.

"Dengan pengalaman menyanyi mewakili sekolah dan universiti, saya gunakan bagi mengadakan persembahan di restoran.

Juara Bintang mencari Bintang 2018
"Sebaik berkahwin, saya merasai nikmat Islam dan bersyukur dibantu bapa mentua. Biarpun begitu, tawaran persembahan kadangkala tiada selepas dua tahun berkahwin," katanya.

Mark Adam mula dikenali pada 2012 setelah menghasilkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza.


Pada 2018 beliau muncul sebagai
juara dalam satu program rialiti TV bintang bersama bintang.

Kini telah lebih 12 tahun menetap di Malaysia,, sempena ulangtahun Hari Malaysia yang bakal disambut Isnin ini, Mark Adam mengambil kesempatan untuk menyuarakan penghargaan dan harapannya kepada rakyat negara ini.

"Apa yang mahu dikatakan adalah saya menghargai rakyat Malaysia kerana sudi memberikan peluang. Negara ini aman, damai dan harmoni, maka jagalah ia sebaiknya. Selamat Hari Malaysia," tambahnya.