Thailand benar tanam ganja di rumah?


RAKYAT
negara jiran Thailand mungkin dibenarkan menanam ganja tidak lama lagi.

Ia susulan sebuah parti politik pemerintah negara itu yang mencadangkan draf undang-undang baru bagi membenarkan setiap isi rumah di Thailand  tumbuhan itu.

Menurut Reuters, cadangan itu dibuat kurang setahun selepas Thailand membolehkan bahan tersebut digunakan bagi tujuan perubatan dan penyelidikan.

Seorang anggota Parti Bhumjaitha yang bertanggungjawab bagi Kementerian Kesihatan, mendedahkan isi draf tersebut yang membenarkan enam batang pokok ganja ditanam bagi setiap isi rumah.

"Prinsipnya adalah untuk kegunaan perubatan. Anda boleh memilikinya di rumah untuk tujuan merawat bukan menghisapnya di tepi jalan,” ujar Supachai Jaisamut.

Buat masa ini, undang-undang negara itu masih mengketegorikan kanabis sebagai dadah.

Di bawah undang-undang dadah Thailand, pengguna ganja secara rekreasi boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 10 tahun penjara atau denda yang tinggi.

Sementara itu difahamkan, Draf dicadangkan itu juga akan membenarkan penjualan pokok berkenaan untuk institusi berlesen.

Institusi perubatan berasaskan tumbuhan itu, kata Supachai, akan mempunyai kuasa untuk membeli, mengekstrak dan mengeksport cannabidiol (CBD) iaitu bahan kimia yang dihasilkan daripada pokok ganja itu.

Jika mendapat sokongan mencukupi, undang-undang itu mungkin dapat diluluskan dalam tempoh enam bulan selepas November ini.