Polis temui mayat pensyarah UiTM


MAYAT seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipercayai mati sejak 2 hari lalu ditemui mati. di rumah sewannya.

Memetik laporan Awani, pensyarah dikenali sebagai Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, 43 itu ditemui selepas seorang jirannya menghidu bau busuk dari rumah sewa lelaki tersebut di kawasan perumahan Suriaman 3, Bandar Sri Sendayan semalam.

"Jirannya yang menghidu bau busuk bertindak menghubungi polis. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati rumah itu berkunci dari dalam.

"Pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut diminta menghubungi waris pensyarah itu untuk membuka pintu rumah berkenaan," katanya Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim dipetik.

Difahamkan, mayat kemudiannya ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik dan telah mula mereput.

"Mayat pensyarah itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) bagi proses bedah siasat dan berdasarkan siasatan polis serta hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian pensyarah tersebut.

"Siasatan juga mendapati pensyarah itu yang masih belum berkahwin tinggal berseorangan di rumah sewa berkenaan," tambah Mohd Said.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, jenazah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di Melaka.

Post a Comment

0 Comments