Remaja maut kemalangan di Ipoh



SEORANG
remaja perempuan maut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan di  Kilometer 266.9, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Ipoh semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, Rohani Rosidi 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Serai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa meninggal di tempat kejadian | Foto - Astro
Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kedah bersama rakannya Nur Adlina Fatin Wazni, 18 dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, setibanya di tempat kejadian, motosikal berkenaan dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan tidak pasti hingga menyebabkan kedua-dua remaja itu terjatuh di atas jalan.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang berusia 18 tahun dan membonceng motosikal berkenaan cedera.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan rakannya yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama," katanya

Menurut Mohamad Nordin lagi, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments